Coutinho bantu Liverpool balas dendam | Bola

LEICESTER: Philippe Coutinho menandakan kemunculan pertamanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dengan penuh gaya apabila meledak jaringan bagi membantu Liverpool kembali di landasan kemenangan apabila menewaskan Leicester City 3-2.

Coutinho mengemukakan permintaan untuk berpindah pada ambang musim baharu lalu di mana Liverpool berjaya menghalang perpindahannya ke Barcelona dan dia mula menunjukkan proses kebangkitan semula dengan melunaskan sepakan percuma yang menemui gawang pada minit ke-23.

Tambahan gol dari Mohamed Salah dan kapten pasukan, Jordan Henderson membantu barisan kendalian Jurgen Klopp meraih kemenangan pertama dalam lima percubaan mereka, sekali gus menebus kekalahan di tangan Leicester dalam aksi Piala Liga baru-baru ini.

PENJAGA gol Liverpool, Simon Mignolet menyelamatkan sepakan penalti yang diambil penyerang Leicester, Jamie Vardy. – Foto REUTERS

Namun kemenangan itu muncul selepas mereka dilihat hampir dimalukan di Stadium King Power. Shinji Okazaki dan Jamie Vardy masing-masing menjaringkan gol untuk Leicester tatkala satu sepakan penalti pada minit ke-73 diselamatkan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Liverpool kini berada di tangga kelima liga, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu City manakala Leicester ke-16, berada di luar zon bahaya dengan hanya dibezakan jaringan dengan Brighton dan West Ham.

Secara umumnya, Klopp melakukan tujuh pertukaran berbanding skuad yang diturunkan dalam aksi Piala Liga awal minggu ini, namun Coutinho kekal sebagai pilihan untuk berada di posisinya.

Okazaki yang beraksi cemerlang ketika membantu Leicester meraih kemenangan 2-0 Selasa lalu, diberikan kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian Craig Shakespeare. – AFP

PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah (kiri) cuba diasak pemain Leicester, Ben Chilwell. – Foto REUTERS

READ ALSO  Hanya gambar mengubat rindu anak | Nasional


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.