Costa puas pulang rumah | Harian Metro

MADRID: Penyerang Sepanyol, Diego Costa mendakwa dia sudah ‘pulang ke rumah’ selepas melengkapkan perpindahan semula ke Atletico Madrid dari Chelsea, semalam.

Kedua-dua kelab akhirnya bersetuju dengan perjanjian awal 55 juta euro (RM273.5 juta) Khamis lalu dan penyerang kelahiran Brazil itu kini sudah melengkapkan pemeriksaan perubatan bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

“Saya amat gembira pulang ke rumah, seperti yang saya selalu katakan, Atletico adalah rumah saya, saya terlalu gembira,” katanya kepada laman web kelab itu.

Costa tidak boleh beraksi hinggalah Januari ini kerana perjanjiannya dilengkapkan di luar jendela perpindahan.

Bagaimanapun, Atletico menyatakan dia akan memulakan latihan serta-merta dan dijangka berada di bangku penonton apabila Chelsea menjadi pasukan pelawat bagi aksi sulung Liga Juara-Juara di stadium baru Atletico, Wanda Metropolitano awal pagi esok.

“Penyerang kebangsaan menandatangani kontrak barunya selepas lulus ujian perubatan yang dilaluinya dalam dua fasa: Sabtu dan Isnin lalu,” menurut Atletico dalam satu kenyataan.

“Bermula esok, dia akan menyertai latihan pasukan tapi kami tidak akan mendaftarnya hingga pasaran perpindahan musim sejuk dibuka pada 1 Januari depan.”

AKSI Costa ketika bersama Atletico pada 2013. – Foto Fail

Costa adalah penjaring gol terbanyak Atletico apabila mereka menang kejuaraan La Liga dan layak ke final Liga Juara-Juara musim 2013-14 sebelum berpindah ke Chelsea yang mana dia menang dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh tiga musim.

“Saya tidak sabar untuk mula memberikan sumbangan. Saya akan memberikan yang terbaik kepada pasukan seperti yang selalu saya lakukan,” ujar Costa, yang akan menyarung jersi bernombor 19.

READ ALSO  Romantiknya Fattah balas bunga Fazura!


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.