Conte cabar Hazard benam City | Bola

LONDON: Antonio Conte mencabar Eden Hazard supaya mengulangi prestasi menakjubkan ketika menentang Atletico Madrid semasa Chelsea berdepan pencabar kejuaraan, Manchester City esok.

Hazard berada di prestasi terbaik ketika Chelsea menjadi kelab Inggeris pertama mencatat kemenangan ke atas Atletico selepas menewaskan kelab Sepanyol itu 2-1 dalam kempen Liga Juara-Juara.

Begitupun, penampilan pemain berusia 26 tahun itu di Madrid adalah penampilan keduanya dalam kesebelasan utama Chelsea musim ini.

Kini, bintang Belgium itu dijangka akan memperoleh penampilan sulung dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tiga kali beraksi selaku pemain gantian selepas mengharungi pembedahan di buku lali.

Ketika pendahulu liga, City tampak berada di prestasi terbaik, bos Chelsea itu mahu Hazard membantu penyandang juara Inggeris itu untuk meraih tiga mata penuh pada pertembungan di Stamford Bridge nanti.

“Jika dia mampu untuk bermain seperti dia lakukan pada perlawanan terakhir ketika menentang Atletico Madrid, ia bermakna dia kini sudah bersedia untuk meneruskannya,” kata Conte.

“Bagi kami, dia adalah pemain yang penting. Musim lalu dia mengharungi musim yang amat penting dan dia bermain dengan amat baik, prestasi sebagai pemain terbaik. Saya amat gembira dengannya.”

City mengharungi permulaan penuh ceria musim ini dan memperoleh pelbagai pujian dengan skuad bimbingan Pep Guardiola tampak sebagai calon terbaik untuk mencabar kejuaraan. – AFP

READ ALSO  Moderate quake hits northern Japan, no tsunami warning

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.