China bersedia bantu pelarian Rohingya

BEIJING 27 Sept. – Malaysia telah menyarankan kepada kerajaan China untuk memainkan peranan konstruktif dalam menangani isu kemanusiaan yang semakin meruncing melibatkan etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan itu disuarakan beliau dalam pertemuan dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu semalam.

“Kerajaan China memaklumkan akan membuat sumbangan berjumlah AS$10 juta kepada kerajaan Bangladesh untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang ditempatkan di kem sementara di negara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu, kerajaan Malaysia berminat untuk membeli mesin pengimbas teknologi terkini yang digunakan oleh pihak berkuasa China.

Ahmad Zahid menambah, mesin pengimbas yang berupaya mengesan setiap muatan dalam kenderaan dan kontena itu akan dipasang di pintu-pintu sempadan negara bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 416 warga China dan Taiwan telah dihantar pulang untuk menjalani hukuman di negara masing-masing ekoran penglibatan mereka dalam sindiket Macau scam.

“Setakat ini, kita telah menghantar pulang 29 warga China yang disyaki pengganas untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” jelasnya.

Lawatan kerja Ahmad Zahid ke China yang bermula Isnin lalu berakhir hari ini dan beliau dijadualkan berlepas pulang ke Malaysia pada pukul 12 tengah hari. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Kan dah patah tangan, hidung [METROTV]

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.