China beri amaran kepada Taiwan

BEIJING/TAIPEI 27 Sept. – China hari ini memberi amaran kepada Taiwan bahawa negara itu akan `menanggung akibatnya ’ jika terus berusaha untuk memperoleh kemerdekaan.

Jurucakap negara itu di pejabat Hal Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang berkata, hubungan di selat Taiwan yang memisahkan kedua-dua negara bukan hubungan `negara kepada negara’ dan tiada `satu China dan satu Taiwan’.

“Taiwan tidak boleh dipisahkan dari wilayah China, tidak pernah dan tidak akan menjadi sebuah negara,’’ katanya.

Kerajaan Taiwan bagaimanapun membidas dengan menegaskan bahawa Republik China merupakan negara berdaulat justeru masa depan dan pembangunan negara itu akan ditentukan oleh penduduk Taiwan yang berjumlah 23 juta orang. – Reuters

habis.

READ ALSO  Felda nafi laporan peneroka di Pahang tak dapat insentif RM5,000

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.