China bantu Rohingya | Nasional

BEIJING: Malaysia menyuarakan keprihatinan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh kepada China agar turut sama menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Perkara itu diketengahkan ketika pertemuan empat mata di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jian Zhu, semalam.

Ahmad Zahid berkata, kedudukan China yang turut bersempadan dengan Myanmar diminta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menangani isu kemanusiaan Rohingya yang semakin meruncing.

“Sehubungan itu, beliau (Meng) memaklumkan kerajaan China akan memberi sumbangan AS$10 juta kepada kerajaan Bangladesh untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang ditempatkan di kem sementara di Bangladesh,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke China, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan kesengsaraan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine, Myanmar selari dengan desakan Malaysia agar isu penindasan Rohingya ditamatkan segera.

“Saya juga berbincang mengenai beberapa kaedah terbaik untuk memberi bantuan lebih berkesan yang tentunya memerlukan lagi langkah perundingan bersama ke arah itu,” katanya.

Mengikut laporan, operasi pengusiran oleh Myanmar telah meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah dan menyebabkan lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri dari kediaman.

READ ALSO  Pusat pemindahan di Kedah ditutup sepenuhnya


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.