Chelsea mahu kekal momentum kemenangan

LONDON 29 Sept. – Eden Hazard menegaskan bahawa Chelsea akan meneruskan momentum cemerlang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menundukkan Atletico Madrid ketika berdepan kunjungan Manchester City di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

Chelsea yang ketinggalan kepada Atletico bangkit menerusi gerakan menarik Hazard yang disempurnakan Alvaro Morata sebelum pemain gantian, Michy Batshuayi melengkapkan kemenangan 2-1 dalam aksi di Madrid.

Meskipun City menampilkan aksi cemerlang sejak awal musim ini, namun Hazard percaya kemenangan ke atas Atletico membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana kelab.

“Sejak saya mula menyertai Chelsea, ini merupakan kali pertama kami menewaskan pasukan yang sangat hebat di dalam Liga Juara-Juara,” kata Hazard menerusi laman web rasmi The Blues.-AFP

READ ALSO  Pelajar OKU mahu buktikan kekurangan diri bukan penghalang cemerlang PT3


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.