CEO MAB nafi sertai Ryanair








TERKINI

CEO MAB nafi sertai RyanairCEO MAB nafi sertai Ryanair

27/09/2017 9:07pm

Oleh JOHANNA A. SOBREY


PETER BELLEW (Gambar fail)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Peter Bellew menafikan desas-desus bahawa beliau akan kembali bertugas ke Ryanair Holdings Plc. (Ryanair).

Bellew berkata, beliau amat gembira di syarikat penerbangan nasional berkenaan dan berharap untuk terus berkhidmat sehingga selesai Pelan Pemulihan MAS.

“Saya datang ke sini (MAB) untuk terlibat dalam pelan transformasi MAS, malah tidak menyangka akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Namun, matlamat saya ialah untuk membuat yang terbaik untuk menjayakan rancangan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar sempena taklimat berkenaan strategi barisan pesawat MAB di sini hari ini.

Bellew menambah, bagi beliau, pencapaian terbaik dalam kerjaya beliau adalah untuk memulih semula syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beliau yang juga warganegara Ireland yang sebelum ini Ketua Pegawai Operasi MAB dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS pada Julai 2016.

Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri penerbangan dan meninggalkan Ryanair untuk menyertai MAB pada 1 September 2015. –







READ ALSO  [VIDEO] Album Peranchis Nurul Wahab teroka pasaran Eropah Disember ini


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.