Cemar sungai: Kilang dikenakan tindakan | Wilayah

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan tegas terhadap sebuah kilang memproses sawit tanah rancangan FELDA di Kota Tinggi yang dipercayai mencemarkan air Sungai Sayong seterusnya mengalir ke Sungai Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasni Mohammad, berkata dalam kejadian kelmarin, pencemaran itu dilaporkan berpunca kolam takungan enapan pecah dan menyebabkan limpahan ke sungai berkenaan dan menjejaskan 47,000 pemegang akaun Syarikat Air Johor (SAJ).

Katanya, ia menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semangar terpaksa ditutup operasinya pada jam 8.30 pagi kelmarin.

“Kesalahan seperti ini perlu dikenakan tindakan dan kita tidak boleh terima alasan apa pun kerana pihak kilang tidak mengambil langkah keselamatan bagi membendung masalah itu,” katanya di sini hari ini.

Hasni berkata, pencemaran itu mengakibatkan air Sungai Johor berwarna hitam, berbau busuk dan ada ikan yang mati.

“Pada masa sama, pihak kilang telah melakukan tindakan pembaikan kolam takungan serta-merta dengan pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Ketika ini, beliau berkata siasatan terperinci sedang dijalankan JAS sebelum tindakan undang undang dikenakan terhadap pengurusan kilang terbabit.

Air rawatan dari Loji Sungai Semangar dibekalkan kepada lebih 47,000 pemegang akaun di Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Selepas kerja-kerja pembersihan, loji itu beroperasi semula pada jam 12.30 tengahari semalam.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi talian mesra SAJ Info Center 1800887474 atau SMS 019-772 7474.

READ ALSO  Malaysia rakan kongsi penting Airbus


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.