Cavani, Neymar temui sasaran benam Bayern | Bola

PARIS: Edinson Cavani dan Neymar masing-masing menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) mencipta kemenangan 3-0, mengatasi Bayern Munich dalam pertembungan ‘heavyweight’ Liga Juara-Juara di ibu kota Perancis, awal pagi tadi.

PSG bermula baik apabila seorang lagi pemain Brazil yang baharu ditandatangani musim panas lalu, Dani Alves memberikan kelebihan gol dalam tempoh 90 saat di Parc des Princes dan selepas itu, mereka tidak lagi memandang ke belakang.

Sepakan Cavani sejurus selepas setengah jam perlawanan menjadikan kedudukan 2-0, sebelum Neymar melengkapkan jaringan pada babak kedua (minit ke-63).

PENJAGA gol Bayern Munich, Sven Ulreich gagal menghalang bola hasil sepakan Edinson Cavani dari menerjah jaring. – Foto AFP

Perlawanan itu menyaksikan Bayern mengalami kekalahan terbesar sejak tewas kepada Barcelona dengan jumlah sama pada separuh akhir kejohanan ini pada Mei 2015.

Keputusan itu memberikan kelab Perancis itu kedudukan teratas Kumpulan B, dengan mata maksimum enam daripada dua perlawanan, lapan jaringan dan tiada bolos.

Mereka berada di landasan tepat untuk menang kumpulan berkenaan – Bayern pula meraih tiga mata, sama dengan Celtic yang menang di Anderlecht.

PEMAIN PSG, Dani Alves meraikan gol pertama pasukan ketika PSG membenam Bayern di Stadium Parc des Princes. – Foto REUTERS

Bagi PSG, ini adalah peluang untuk mengukur kekuatan mereka berdepan kuasa tradisi benua itu dalam perlawanan peringkat Eropah terbesar sejak kekalahan memalukan di tangan Barcelona, musim lalu.

Perlawanan itu adalah satu kejayaan buat skuad bimbingan Unai Emery walaupun kelab Jerman itu seakan-akan kurang berkualiti berbanding tahap biasa mereka.

“Perkara utama ialah tiga mata, tapi adalah juga penting buat saya melihat penyokong gembira dan menang berdepan pasukan tahap terbaik,” kata Emery. – AFP

READ ALSO  Gol sulung Illarramendi julang Sepanyol | Bola

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.