Caroline ‘takluk’ Tokyo | Harian Metro

TOKYO: Juara bertahan Caroline Wozniacki melakar kemenangan 6-0, 7-5 ke atas pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova hari ini untuk memenangi kejuaraan ketiga pada Terbuka Pan Pasifik dalam Jelajah WTA.

Bekas pemain nombor satu dunia dari Denmark itu hanya memerlukan 75 minit untuk melengkapkan kemenangan mudah di bawah cahaya matahari Tokyo, merangkul kejuaraan pertamanya tahun ini selepas kalah dalam enam final.

Pilihan ketiga itu mudah menang set pertama dalam hanya 22 minit, membenam pukulan kemenangan ke atas Anastasia yang tergamam.

CAROLINE hanya memerlukan 75 minit melengkapkan kemenangan mudah ke atas Anastasia. – Foto EPA

Pemain Russia itu menyelamatkan satu mata penamat pada permainan ke-10 sebelum Caroline menyempurnakannya pada peluang ketiganya, pemain nombor enam dunia itu menyaksikan pukulan backhand ke garisan tepi masuk untuk merangkul kejuaraan karier ke-26.

“Ia final ketujuh saya tahun ini dan jelas selepas beberapa ketika ia makin sukar dan lebih sukar,” kata Caroline selepas menang kejuaraan pertamanya sejak Hong Kong pada Oktober tahun lalu.

“Jelas saya menang di sini sebelum ini dan ia satu kenangan indah buat saya jadi saya gembira saya mampu kekal fokus serta agresif.”

Caroline, yang turut menang di Tokyo pada 2010 dan naib juara pada 2014, menyertai bekas pemain hebat Steffi Graf dan Gabriela Sabatini menang trofi Terbuka Pan Pasifik tiga kali.

Martina Hingis memegang rekod dengan lima kejuaraan.

Caroline, yang menyingkirkan pemain nombor satu dunia Garbine Muguruza 6-2, 6-0 pada separuh akhir, tidak memberikan peluang langsung kepada Anastasia dalam pertembungan pertama sejak 2012.

READ ALSO  Lelaki dan wanita Bajau Laut ditahan kes buru penyu secara haram

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.