Cari bukti tragedi tahfiz dalam tasik | Kes

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali semula ke pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini untuk meneruskan siasatan kes kebakaran pusat tahfiz terbabit.

Menyertai pasukan penyiasat, Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM, yang akan menumpukan siasatan di Taman Tasik Datuk Keramat, termasuk menyelam ke dasar tasik berkenaan dipercayai untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.

Polis mula menutup kawasan sekitar Taman Tasik Datuk Keramat kira-kira pada jam 9.40 pagi.

Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM tiba pada jam 10.30 pagi membawa bersama peralatan untuk melakukan selaman.

Empat anggota penyelam PDRM kemudian melakukan selaman dan menurut sumber, mereka mencari satu unit pemutar skru dan satu lagi bahan yang dapat membantu melengkapkan siasatan.

“Kita cuba nak cari satu pemutar skru dan satu lagi barang bukti.

“Keadaan air tasik yang agak keruh ini mungkin menyukarkan kerja kita, bagaimanapun pencarian akan tetap berjalan,” katanya kepada BH.

Kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan polis menghalang pihak media dan orang awam daripada menghampiri kawasan tasik dan bangunan pusat tahfiz.

Semalam, polis membawa ketujuh-tujuh suspek ke lokasi kejadian.

Mereka dibawa ke kawasan Taman Tasik Datuk Keramat dan bangunan tahfiz, dipercayai untuk menerangkan kepada pasukan penyiasat apa yang berlaku pada malam kejadian, 14 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, semalam berkata, kertas siasatan kes itu sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara, yang akan menentukan tindakan selanjutnya terhadap ketujuh-tujuh suspek terbabit.

READ ALSO  Remaja ditangkap pols bukan suspek kes kebakaran pusat tahfiz

Dalam perkembangan berkaitan, orang ramai masih lagi dilihat mengunjungi pusat tahfiz berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka datang untuk memberikan sumbangan kepada wakil pengurusan tahfiz yang masih membuka kaunter untuk menerima sumbangan daripada orang ramai.

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.