Cabut lari lepas langgar | Harian Metro

Semenyih: Rempuh dan cabut lari. Itulah tindakan tidak berperikemanusiaan pemandu kereta yang membiarkan seorang penunggang motosikal dalam keadaan kesakitan selepas merempuh mangsa.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Tasik Semenyih, di sini, motosikal mangsa turut terbakar akibat kemalangan itu.

Difahamkan mangsa, Muhammad Khusyari Yahaya, 27, menunggang motosikal dari arah pekan Semenyih menghala ke Taman Tasik Semenyih sebelum dirempuh setibanya di lokasi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Semenyih, Shairilnizam Wailie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.03 pagi dan sepasukan lapan anggota Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, sebuah motosikal sedang marak terbakar akibat kemalangan,” katanya.

Menurutnya, saksi kejadian yang dikenali sebagai Syafiq mendakwa mangsa dibawa ke hospital oleh keluarganya yang tiba di lokasi tidak lama selepas kemalangan berlaku.

“Motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh dan pemandu kereta itu terus meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Dia berkata, kebakaran berjaya dipadamkan lima minit kemudian.

READ ALSO  Degil mahu bebas

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.