Buru penamat sempurna

​​​​​​​SEPANG 30 Sept. – Lewis Hamilton menjadi calon untuk bergelar pelumba terakhir menjuarai Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia selepas menyambar petak pertama hari ini pada ketika pencabar terdekatnya, Sebastian Vettel daripada Ferrari ditimpa malang gagal bersaing dalam aksi kelayakan.

Selepas 19 tahun dianjurkan, GP Malaysia bakal mengucapkan selamat tinggal esok dan ia akan menjadi penamat paling sempurna buat Mercedes AMG Petronas seandainya pemandu mereka, Hamilton berjaya menakluk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dianggap ‘rumah’ pasukan.

Hamilton, 32, yang meraih petak pertama buat kali ke-70 sepanjang kariernya bukan sahaja gembira berjaya melakukan catatan terpantas satu minit 30.076 saat, malah amat teruja melihat lebih 27,000 penonton membanjiri SIC hari ini.

“Belum pernah berlaku, kehadiran penonton yang cukup ramai di Malaysia menyaksikan F1. Saya boleh melihatnya dari garaj.

“Saya amat berharap kami dapat mempamerkan prestasi yang baik esok, saya bersyukur dapat memulakan aksi di petak hadapan,” kata pemandu Bri­tain itu yang melambai ke arah ribuan penonton sebaik sahaja menamatkan saingan.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen akan memulakan aksi di petak kedua selepas mencatat masa 1:30.121s, manakala pemandu Red Bull, Max Vertappen yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-20 memulakan perlumbaan di petak ketiga dengan catatan terpantas 1:30.541s.

Mengulas mengenai sesi kelayakan, Hamilton, juara GP Malaysia 2014 mengakui, dia sebenarnya terkejut dengan ­prestasi yang dipamerkan jentera Mercedes.

“Ferrari cukup laju sejak sesi latihan bebas pertama. Kami pula bergelut dengan prestasi kereta. Selepas beberapa perubahan dibuat, saya gembira percaturan kami menjadi.

”Malang sekali Sebastian (Vettel) berdepan masalah kereta. Dia cukup laju semalam dan saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” ujar Hamilton, yang kini mendahului kedudukan pelumba dunia.

READ ALSO  30 tahun berkhidmat, Cikgu Yahaya hanya 'MC' 11 hari

Juara dunia empat kali, Vettel yang berdepan masalah elektronik ketika sesi latihan bebas terakhir gagal keluar dari garaj untuk beraksi pada aksi kelayakan, sekali gus terpaksa memulakan perlumbaan di petak ter­akhir, esok.

“Saya tidak dapat memandu, beritahu saya apa yang perlu dibuat. Kereta saya tidak cukup kuasa. Saya seperti hilang kuasa turbo,” kata Vettel.



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.