Buku laporan kupas isu penganiayaan [METROTV]

Kuala Lumpur: Laporan buku mengenai penganiayaan terhadap umat Islam di Myanmar oleh Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN) akan dikongsikan bersama jaringan badan kemanusiaan di beberapa negara seperti Thailand, Indonesia dan London bagi merangka strategi menangani isu etnik Rohingya semakin teruk ditindas kerajaan Myanmar.

Pengarah Eksekutif BHRN, Kyaw Win berkata, dunia perlu diberi perincian tentang kezaliman sangat besar yang terus berlaku terhadap umat Islam etnik Rohingya yang akan berlarutan untuk tempoh lebih lama tanpa adanya tindakan segera menghentikannya.

Menurutnya, kajian laporan antara Mac 2016 hingga Januari lalu jelas membuktikan kerajaan Myanmar bersama kumpulan ekstremis Buddha menjalankan penghapusan sistematik terhadap komuniti Muslim di negara itu, selain melalui perundangan berat sebelah.

“Ini fenomena penganiayaan yang bersifat antimuslim kerana walaupun mempunyai nama, warna kulit, penampilan dan budaya yang sama, mengapa etnik Rohingya saja yang menjadi sasaran?

“Sebabnya mereka ini Islam,” katanya selepas melancarkan laporan buku itu di Institut Kajian Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

READ ALSO  Pesawat American Airlines terbakar


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.