Bukan cubaan lemahkan kewangan parti politik: LHDN | Nasional

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menyangkal dakwaan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dijalankannya bertujuan melemahkan sumber kewangan kumpulan politik tertentu.

LHDN dalam kenyataan berkata, seperti amalan negara lain, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDN adalah berdasarkan kriteria dari sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian.

“LHDN juga tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu dalam pangkalan datanya kerana maklumat sebegini tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes,” demikian menurut kenyataan itu.

Pada masa sama maklumat individu atau syarikat yang dikenakan tindakan audit dan siasatan juga tidak didedahkan oleh LHDN kerana tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan.

“LHDN amat menitikberatkan pelaksanaan tugas pada tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LHDN akan sentiasa memastikan agenda penguatkuasaan yang dilaksanakan menjurus kepada mewujudkan persekitaran yang adil kepada pembayar cukai yang sentiasa patuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka menyumbang untuk pembangunan negara. – BERNAMA

READ ALSO  Kesesakan ketara di Plaza Tol Gemuroh

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.