Buka pintu kereta, kebas RM28,000

SURI rumah berputih mata apabila wang tunai berjumlah RM28,000 yang baru dikeluarkan dari bank di Mahkota Cheras, dilarikan pasangan penjenayah, semalam

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa wanita berusia 62 tahun itu pergi ke bank berkenaan untuk mengeluarkan wang pada 3.45 petang.

“Sebaik mangsa keluar daripada bank, dia terus berjalan menuju ke keretanya sebelum meletakkan beg mengandungi wang di kerusi penumpang kenderaan.

“Ketika masih berada dalam kereta, seorang wanita datang dan mengelap cermin kereta di bahagian pemandu. Mangsa segera keluar dari dalam kenderaan dan bertanya punca tindakan wanita itu. Suspek kemudian memaklumkan kononnya sebahagian duit miliknya tercicir” € katanya.

Ketika mangsa tercari-cari wang yang dikatakan terjatuh, seorang suspek lelaki datang membuka pintu belakang kereta mangsa dan melarikan beg mengandungi wang tunai itu.

“Kedua-dua suspek kemudian meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki kereta Honda City hitam,” katanya.

Dzaffir berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bank tidak dapat merakam lokasi kejadian, namun polis akan mengambil keterangan beberapa saksi dan peniaga berhampiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

READ ALSO  Reaksi berbeza pemilihan presiden KAFA esok | Bola


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.