Budak lelaki tersekat celah dinding

Guigang (China): Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok selepas bermain sorok-sorok dengan rakannya.

Satu rakaman video yang tular di media sosial di China menunjukkan detik-detik anggota bomba membebaskan budak itu dari celah tembok yang sempit berkenaan.

Media tempatan melaporkan, budak itu bermain sorok-sorok bersama enam rakannya di sebuah kampung di Guigang di wilayah Guangxi pada 23 September lalu.

Budak itu yang dikenali sebagai Huang bersembunyi di celah dua tembok yang sempit tetapi terperangkap akibat ruangannya yang sempit.

Rakan-rakannya menemui Huang menangis di celah tembok itu sebelum mereka meminta bantuan orang yang lebih dewasa.

Gambar yang dirakam bomba menunjukkan Huang mengikut arahan sebelum dia berjaya dikeluarkan dari celah tembok itu.

Anggota bomba meletakkan kusyen udara di celah dinding itu dan mengembangkannya untuk membuka ruang bagi membebaskan budak itu.

Dalam tempoh 10 minit, Huang berjaya menggerakkan badannya sebelum keluar dari celah dinding berkenaan.

Huang segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang.

READ ALSO  Kegiatan curi pasir di Selama ditumpaskan PTG Perak


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.