Budak 15 tahun pukul ibu kerana duit | Kes

AMPANG JAYA: Anak durjana. Itu gelaran sesuai diberikan buat seorang remaja lelaki apabila tergamak memukul ibu sendiri hanya kerana mahukan wang belanja sekolah.

Tindakan biadap remaja berusia 15 tahun itu viral selepas satu rakaman video mengenainya tersebar di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman hebat netizen.

Difahamkan, kes berlaku di sebuah rumah di Ampang.

Menerusi rakaman berdurasi 43 saat itu, remaja berkenaan yang belum sempat memakai seluar sekolah dilihat beberapa kali memukul badan ibunya sambil menghamburkan kata-kata kesat dan meminta wanita itu menyerahkan semua wang yang ada di dalam beg.

Sambil mengadu kesakitan, wanita itu memberitahu anaknya tiada wang namun, tidak diendahkan remaja terbabit sebaliknya mengugut mahu memukul lagi.

Wanita itu juga didengar memberitahu anaknya bahawa wang yang ada mahu digunakan untuk pergi bekerja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, laporan dibuat bapa remaja terbabit berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya.

“Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi semalam. Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.

“Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama ‘Jejaka Sereng’.

“Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya. Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

READ ALSO  Elektrik terputus,126,171 pengguna terjejas bekalan air

Katanya, wanita terbabit tidak cedera dalam kejadian itu.

Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.

Dalam pada itu, carian BH mendapati, individu yang didakwa menyebarkan video mengemukakan memohon maaf terhadap keluarga remaja terbabit.

Dia menerusi satu entri di akaun Facebook, ‘Jejaka Sereng’ turut mengakui kesilapannya dan memberitahu tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.