Buah durian dijangka dieksport terus ke China dalam tempoh setahun








TERKINI

Buah durian dijangka dieksport terus ke China dalam tempoh setahunBuah durian dijangka dieksport terus ke China dalam tempoh setahun

13/09/2017 9:34pm

Ahmad Shabery (tengah) bersama para Pengusaha Industri Durian sempena bengkel Festival Durian 2017 ‘Road To Nanning’ di Maeps Serdang hari ini.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangka buah durian Malaysia akan dapat dieksport terus ke China dalam masa setahun ke dua tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata melalui kerjasama yang terjalin antara kementerian dan Kerajaan Wilayah Autonomi Guanxi Zhuang, satu program mempromosi ‘Raja Buah’ itu dikenali sebagai ‘Festival Durian, Road To Nanning’, akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober di Nanning.

Program itu akan menjadi platform penting untuk pengusaha tempatan mempromosikan keistimewaan buah berkenaan, katanya.

“Kita telah mendapat kelulusan khas dari pihak berkuasa di sana untuk mengeskport buah durian bagi penganjuran festival kali ini dan ia merupakan penganjuran kali pertama seumpamanya di China, ” katanya kepada media selepas program Bengkel Festival Durian 2017, Road To Nanning di sini hari ini.

Jelasnya, selepas ini, kerajaan Malaysia menerusi kementeriannya akan berusaha untuk mendapatkan protokol dan perjanjian dengan kerajaan China untuk terus membawa masuk buah durian ke negara tersebut tanpa perlu diproses terlebih dahulu.

“Buat masa ini Malaysia hanya dibenarkan mengeskport durian yang diproses atau yang telah disejuk beku ke China ataupun durian kita perlu melalui jalan ketiga iaitu melalui Hong Kong atau Thailand untuk masuk ke negara itu, ” katanya.

READ ALSO  Peranti semak status kawalan Imigresen di KLIA | Nasional

Bagi program tersebut, Ahmad Shabery berkata selain dua kontena buah durian yang akan dibawa ke Nanning, lebih 200 produk berasaskan durian seperti kopi durian, aiskrim durian, pancake durian akan turut dipamerkan di festival berkenaan.

Beliau berkata festival ini penting untuk Malaysia kerana akan membuka ruang pasaran yang lebih besar kepada pengusaha industri durian tempatan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di China yang berpotensi untuk menawarkan harga buah durian yang lebih tinggi. – Bernama










Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.