Bomba bawa turun lelaki tersangkut atas pokok

IPOH 22 Sept. – Khidmat anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membawa turun seorang lelaki yang tersangkut di atas pokok di hadapan masjid Kampung Jeliang, Kuala Kangsar hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.06 petang.

Menurutnya, kejadian melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun yang tersangkut di atas pokok pada ketinggian lebih tiga meter.

Katanya, lelaki tersebut tidak dapat turun kerana lututnya tersepit dicelah dahan pokok.

“Anggota bomba menggunakan tangga dan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Kaki lelaki tersebut berjaya dilepaskan tanpa sebarang kecederaan dan operasi berakhir pada pukul 4.49 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Asrama perempuan Yayasan As Sofa terbakar | Kes

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.