Bom ikan ancam keselamatan pelantar minyak di Sabah

KOTA KINABALU 27 Sept. – Pelantar-pelantar minyak di perairan pantai barat negeri ini terdedah kepada ancaman kebakaran berikutan tindakan segelintir nelayan yang menjalankan aktiviti pengeboman ikan di kawasan berhampiran.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Rahmat berkata, aktiviti menyalahi undang-undang itu dikesan berlaku di kawasan 500 meter berhampiran pelantar yang mempunyai sistem perpaipan bawah laut bagi memindahkan minyak mentah.

Sehubungan itu katanya, MKN dengan kerjasama beberapa pasukan keselamatan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Pasukan Polis Marin (PPM) akan mencari mekanisme baharu bagi membendung aktiviti berkenaan yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Di setiap pelantar minyak akan ada beberapa pelantar lain yang dihubungkan oleh sistem perpaipan dan jika berlaku kebakaran ini akan menjadi satu bencana apatah lagi ratusan orang bekerja di situ.

“Perkara ini diadukan sendiri oleh operator pelantar minyak kerana mereka ternampak air yang terpercik ke udara disebabkan penggunaan bom ikan,” katanya dalam sidang akhbar semasa lawatan operasi ahli Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri (KKKN) menaiki Kapal Maritim (KM) Arau ke pelantar minyak Saint Joseph yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Kinabalu.

Yang turut hadir, Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Mohd. Zubil Mat Som serta Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Yazib Abd. Aziz.

Rodzi berkata, lawatan berkenaan yang turut dihadiri wakil daripada operator pelantar minyak serta agensi kerajaan lain dijalankan bagi mencari satu penyelesaian agar masalah yang timbul dapat diatasi sepenuhnya.

Sementara itu, Mohd. Zubil berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya merekodkan 773 jumlah tangkapan ke atas nelayan yang didapati menangkap ikan di kawasan 500 meter berhampiran pelantar minyak.

READ ALSO  Tahfiz centre fire victim still in trauma

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati nelayan-nelayan berkenaan memberi alasan kawasan tersebut adalah milik mereka kerana telah menangkap ikan di situ sejak sebelum pelantar minyak dibina lagi.

Walau bagaimanapun katanya, itu hanyalah alasan memandangkan kewujudan pelantar berkenaan sebenarnya menjadi tukun yang menarik kehadiran lebih banyak ikan disebabkan terdapat sumber makanan yang berterusan.

“Kami ada menasihatkan nelayan-nelayan ini untuk berpindah ke tempat lain tetapi mereka hanya melakukannya bila kapal peronda sampai namun selepas itu mereka akan kembali menangkap ikan di situ.

“Mereka sebenarnya hanya mahu mendapatkan sumber pendapatan tetapi melalui cara mudah dengan menggunakan bom ikan walaupun dilarang,” ujar beliau.-UTUSAN ONLINE 

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.