Bibi Ramjani rayu penyokong penuhkan stadium

 KOTA BHARU 25 Sept.  – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan merayu penyokong setia pasukan itu untuk membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV pada pertemuan menentang PKNS FC, Rabu ini.

 Beliau berkata, sokongan padu itu diperlukan untuk membangkitkan semangat pemain bagi mencipta kemenangan seterusnya kekal dalm saingan Liga Super musim depan.

 “Walaupun menentang PKNS FC ada siaran secara langsung di kaca televisyen, namun saya merayu penyokong untuk tampil memberikan sokongan.

 “Bukan itu sahaja, Kafa juga telah turunkan harga tiket terbuka RM10 bagi membolehkan penyokong memenuhi stadium keramat Kelantan,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis  solat hajat dan pertemuan bersama penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam ini.

 Lebih 100 penyokong termasuk pemain dan barisan kepemimpinan Kafa menghadiri majlis tersebut.

 Solat hajat itu diimamkan oleh Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Hana Pizi Abdullah. -UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Yingluck bersalah | Harian Metro

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.