Bersemadi di sebelah pusara bapa

KOTA BHARU 1 Okt. – Jenazah Allahyarham Laskar Kanan 1, Nik Mohd. Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sri Wangi, Sitiawan, Perak petang kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Limbat, di sini kira-kira pukul 5.50 pagi ini.

Jenazah Allahyarham disemadikan di sebelah pusara bapanya yang meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.

Upacara pengebumian jenazah disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan apabila diiring dan diusung oleh anggota tentera lengkap berpakaian istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Panglima Udara TLDM, Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin yang kemudiannya mewakili TLDM menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Maimun Yasok, 61.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nik Mohd. Baihaqy tiba dari Perak pada pukul 4 pagi sebelum disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Binjai, di sini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Hanya sembilan maahad tahfiz di Perlis beroperasi secara sah

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.