Beransur pulih, ceria | Harian Metro

TIGA mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan perkembangan positif apabila mula berkomunikasi dengan keluarga masing-masing serta kelihatan ceria.

Mereka ialah Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12 dan Zunnun Misri Masrun, 12

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, Muhammad Shahir yang melecur 20 sebanyak dan kecederaan di bahagian badan sudah mula menerima makanan biasa dan dia kelihatan ceria.

Menurutnya, reaksi yang sama turut dilihat pada Zunnun Misri yang melecur 20 peratus apabila sudah sedar daripada koma, dapat berkomunikasi dengan baik dan kelihatan ceria sepanjang berada di wad dengan ditemani keluarga.

“Mangsa ketiga, Indra yang mengalami 23 peratus melecur, cedera di saluran pernafasan dan patah tulang paha kiri sudah sedar serta mampu memberi maklum balas apabila ditanya,” katanya.

Zaininah berkata, bagaimanapun, tiga mangsa ini masih perlu mendapat pemerhatian doktor dan perkembangan selanjutnya mengenai keadaan mereka akan dimaklumkan kemudian.

Katanya, mangsa masih belum boleh menerima pelawat luar dan hanya keluarga dibenarkan berjumpa mereka.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian itu dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 hingga 18 tahun ditahan di sekitar lokasi, sehari selepas kejadian.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

READ ALSO  Nawaz Sharif ikrar bersih nama dari tuduhan rasuah

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.