Bencana banjir di Perlis semakin pulih








TERKINI

Bencana banjir di Perlis semakin pulihBencana banjir di Perlis semakin pulih

25/09/2017 12:03pm

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Dua mangsa banjir terakhir di Padang Besar yang pulang semula ke kediaman selepas banjir di daerah itu semakin pulih semalam.

KANGAR – Bencana banjir di Perlis semakin pulih iaitu 414 keluarga merangkumi 1,448 mangsa masih menetap di 11 pusat pemindahan banjir berdasarkan rekod Jabatan Pengurusan Banjir Negeri Perlis setakat pukul 8.45 pagi hari ini.

Malah, cuaca cerah di seluruh Perlis sepanjang dua hari bermula semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 13 pusat pemindahan telah ditutup dengan enam dari di Padang Besar dekat sini.

Pusat pemindahan di Padang Besar yang telah ditutup ialah Batu Bertangkup, Masjid Banggol Sena, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Jaafar Hassan, MRSM Beseri, Pusat Khidmat Mata Ayer dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi.

Sementara itu, di sini, pusat pemindahan yang telah ditutup ialah Dewan Orang Ramai Repoh.

Dalam perkembangan sama, di Arau dekat sini, pusat pemindahan yang ditutup ialah Dewan Titi Besi, Dewan Orang Ramai Padang Nyu, Dewan Orang Ramai Bumbung Lima, SK Kubang Gajah, MADA Guar Sanji dan Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Hwa Aik. –







READ ALSO  500 Rela ditugaskan jaga keselamatan di Esszone

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.