Beli pengimbas tercanggih | Nasional

BEIJING: Malaysia bersetuju secara dasar membeli mesin pengimbas dari China yang mampu mengesan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api di dalam kontena serta kenderaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembelian mesin pengimbas berteknologi tinggi dan paling canggih di dunia ini mampu mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan antikeganasan.

“Kita tertarik dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) China membangunkan alat dan perisian yang mampu mengimbas barangan di dalam kontena dan kenderaan yang cuba diseludup masuk atau keluar.

“Buat permulaan, saya minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji keperluan mesin pengimbas ini untuk digunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Narkotik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau juga akan mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam sama ada mesin pengimbas sama boleh digunakan di sempadan serta di semua pintu masuk dan keluar negara.

Beliau berkata, kerajaan China sudah menggunakan mesin pengimbas berkenaan sejak tiga tahun lalu dan terbukti amat berkesan.

Mengenai pertemuannya dengan rakan sejawatan yang juga Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun, petang semalam, Ahmad Zahid berkata, kerajaan China amat menghargai usaha Malaysia dalam membantu membanteras jenayah rentas sempadan.

“Saya juga telah memaklumkan mengenai penubuhan Counter Messaging Centre (CMC) di bawah seliaan PDRM yang mampu menjejaki dan bertindak ke atas mesej berunsur keganasan.

“China juga berminat membekalkan peralatan tambahan kepada CMC yang berupaya mengesan pembiaya dana dan rancangan untuk cetuskan keganasan di dalam negara, di selatan Thai atau di selatan Filipina,” katanya.

Ahmad Zahid yang mengakhiri lawatan kerja rasmi tiga hari ke China hari ini, turut mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Perhimpunan Agung INTERPOL ke-86, semalam.

READ ALSO  593 sekolah di Kelantan dibekalkan ICT | Pendidikan

Turut hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi ‪Harun; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim.

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.