Bekas pengerusi Newcastle meninggal dunia | Bola

LONDON: Bekas pengerusi Newcastle, Freddy Shepherd yang memainkan watak penting pada era tahun 1990-an, meninggal dunia pada usia 76 tahun, umum keluarganya, sebentar tadi.

Shepherd menjadi pengerusi Newcastle untuk tempoh 10 tahun daripada 1997 sebelum menjual pegangan kelab itu kepada pemilik ketika ini Mike Ashley.

“Freddy Shepherd disahkan meninggal dunia di rumahnya malam tadi,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

“Sepanjang tempoh sukar ini, keluarganya meminta supaya privasi mereka dihormati.”

Shepherd yang juga anak kelahiran Tyneside, muncul sebagai pengarah Newcastle pada 1992.

Dia turut berkhidmat sebagai timbalan pengerusi kepada John Hall pada kempen 1996 dan 1997, yang menyaksikan Newcastle muncul naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Cukup sedih untuk mendengar berita kematian seorang sahabat dan bekas pengerusi NUFC, Freddy Shepherd. Saya banyak terhutang budi kepadanya,” tulis tweet Alan Shearer yang juga legenda Newcastle. – AFP

READ ALSO  Keputusan tenis ATP Metz | Raket

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.