Barry pecah rekod Giggs | Bola

LONDON: Gareth Barry memecahkan rekod penampilan dicipta Ryan Giggs dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila pemain tengah West Bromwich Albion itu beraksi buat kali ke-633 ketika menentang Arsenal, awal pagi tadi.

Barry diberi kepercayaan menggalas tugas selaku kapten di Stadium Emirates sebagai penghargaan buat dirinya dan menerima sambutan daripada kedua-dua penyokong Arsenal dan West Brom sebelum sepak mula.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang menyamai rekod bekas bintang Manchester United, Giggs, ketika beraksi menentang West Ham minggu lalu, membuat penampilan ke-601 dalam kelompok pasukan liga utama.

“Ia adalah minggu yang berbeza, diberi perhatian oleh banyak media,” kata Barry mengenainya selepas pasukannya tewas 0-2 di tangan Arsenal. “Mungkin ia akan bertambah baik sekiranya dapat meraih keputusan lebih baik tetapi banyak perkara positif yang boleh diambil.”

Barry membuat kemunculan bersama Aston Villa pada usia 17 tahun, diturunkan selaku pemain gantian ketika kelab meraih kemenangan 3-1 di Sheffield pada 2 Mei 1998.

Malah, keraian itu juga tepat pada masanya apabila kejayaannya itu muncul ketika menentang Gunners di mana pengurus kelab berkenaan Arsene Wenger pernah dua kali cuba melamar Barry sebelum ini.

AKSI Gareth Barry (duaa dari kanan) ketika menentang Arsenal pada saingan EPL di Stadium Emirates. – Foto REUTERS

Namun, Barry membuat keputusan bermain bersama Manchester City – kelab dia meraih gelaran pada 2012 – dan Everton sebelum menyertai West Brom menerusi perpindahan percuma pada musim panas.

Dan memasuki musim ke-21 selaku pemain profesional kali ini, Barry yang juga mempunyai 53 kaps bersama pasukan England mengakui yang dia akan bermain sehingga usia 40 tahun.

READ ALSO  Suami isteri gembira dikurnia ‘Anak Merdeka’

Pengakuan Barry itu mampu membolehkan dirinya sekali lagi melepas pencapaian Giggs, pemain yang pernah bermain sebanyak 40 kali di Divisyen Pertama sebelum Liga Perdana diperkenalkan pada 1992, melakukan 672 penampilan bersama kelab liga utama. – AFP

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.