Bantu kerajaan senaraikan kekayaan baharu sektor pertanian | Nasional

KUALA LUMPUR: Penternak, peladang dan nelayan perlu membantu kerajaan menyenaraikan kekayaan baharu dalam sektor pertanian yang mampu memberi pulangan lumayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata usaha itu bagi membolehkan mereka meneroka perniagaan baharu, sekali gus membuka peluang pasaran yang lebih besar.

“Siapa fikir jagung bijian boleh menjadi permintaan tinggi daripada syarikat pembuat makanan haiwan. Kita hanya mengimport jagung bijian berjumlah 3.2 bilion tan setahun.

“Contoh ikan patin yang susah untuk dijual, namun kini berjaya dipasarkan dan membina kekayaan kepada pengusahanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (KPPNK) 2017, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berharap konvensyen itu dapat membantu kerajaan membuat dasar dan pendekatan baharu yang tidak terfikir sebelum ini.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan negara terus bergantung kepada sektor pertanian tradisional serta mencari peluang pasaran baharu.

“Contohnya, kerajaan China membuat pelaburan di Malaysia kerana yakin pelaburan mereka akan dikembalikan.

“Kerajaan juga sudah menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan China bagi membekalkan nanas segar sebanyak 500 tan. Ia hasil kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu baru-baru,” katanya.

READ ALSO  Sindiket hartanah kutip wang tempahan jual rumah | Nasional


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.