Banjir: Kerajaan akan bantu petani

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengenal pasti jumlah kerugian serta membuat penilaian bagi membantu petani di negeri Kedah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setakat ini sebanyak 700 hektar kawasan pertanian yang musnah di negeri tersebut telah dikenal pasti.

“Kita ada kaedah dan formula tertentu untuk mengira jumlah kerugian oleh petani dan akan menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Walau bagaimanapun, segala jumlah kerugian akan diketahui nanti kerana banjir berlaku sewaktu kebanyakan petani telah menuai hasil tanaman. Oleh itu kita berharap jumlah tersebut tidak begitu tinggi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Persidangan Padi Kebangsaan 2017, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Manchester City priced out of Evans move – Guardiola

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.