Banjir di Perlis pulih sepenuhnya








TERKINI

Banjir di Perlis pulih sepenuhnyaBanjir di Perlis pulih sepenuhnya

28/09/2017 1:12pm

Cuaca cerah di Perlis sejak Isnin lalu menyebabkan paras air sungai dan Empangan Timah Tasoh, Padang Besar kembali normal.

KANGAR – Banjir di Perlis pulih sepenuhnya apabila hanya sebuah pusat pemindahan masih dibuka setakat pukul 8.30 pagi hari ini.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Bencana Negara (JPBN) Perlis, pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Long Boh di Arau dekat sini masih beroperasi.

Terdapat 19 keluarga merangkumi 74 mangsa masih ditempatkan di sekolah rendah itu.

Namun, difahamkan pusat pemindahan itu bakal ditutup hari ini.

Dalam perkembangan sama, cuaca cerah di seluruh Perlis sejak Isnin lalu menyebabkan paras air sungai dan Empangan Timah Tasoh, Padang Besar dekat sini kembali normal. –







READ ALSO  Gantung perogol budak di khalayak ramai

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.