Banjir di Perlis beransur pulih








TERKINI

Banjir di Perlis beransur pulihBanjir di Perlis beransur pulih

26/09/2017 1:53pm

Gambar hiasan.

KANGAR – Banjir di Perlis beransur pulih apabila cuma tinggal lapan pusat pemindahan iaitu lima di Parlimen Kangar dan tiga di Parlimen Arau masih beroperasi manakala enam pusat pemindahan di Parlimen Padang Besar telah ditutup.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis yang dikeluarkan di sini hari ini, sehingga pukul 9 pagi ini terdapat 1,011 mangsa daripada 286 keluarga berada di pusat-pusat pemindahan.

Di Kangar, 398 mangsa daripada 117 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong ; SK Panggau (223 mangsa daripada 54 keluarga); SK Sri Perlis (129 mangsa daripada 40 keluarga) ; Dewan Orang Ramai Kota Keran (68 mangsa daripada 20 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam (43 mangsa daripada 11 keluarga).

Bagi Parlimen Arau pula mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Padang Petani (50 mangsa daripada 18 keluarga); SK Kampung Serdang (13 mangsa daripada 3 keluarga); dan SK Long Boh (87 mangsa daripada 23 keluarga). – Bernama







READ ALSO  Mayat lelaki dipercayai warga Pakistan ditemui dengan kesan bakar

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.