Banjir: 13 kampung terjejas

KOTA BELUD 29 Sept. – Kawasan terlibat banjir di daerah ini meningkat kepada 13 buah kampung manakala jumlah mangsa turut bertambah kepada sembilan orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Tun Said di sini malam tadi.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Izaimi Md. Daud berkata, kawasan tersebut ialah Kampung Linau, Timbang, Siasai Kupang, Taun Gusi Keranjangan, Donggoi dan Sadok-Sadok.

“Bagaimanapun, keadaan banjir di kawasan yang terjejas semakin baik dan air semakin surut pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bacaan terkini Sungai Kadamaian, Tempasuk dan Abai juga mencatatkan penurunan daripada paras amaran 4.7 meter yang dicatatkan semalam.

Menurutnya, terdapat sesetengah kawasan yang rendah seperti Kampung Sembirai, Bobot, Siasai Tamu dan Menunggui masih mempunyai takungan air di jalan raya.

Katanya, secara keseluruhan semua kawasan yang terlibat banjir telah beransur surut. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Popular di seberang | Harian Metro


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.