Bangunan usia ratusan tahun hampir musnah terbakar di George Town








TERKINI

Bangunan usia ratusan tahun hampir musnah terbakar di George TownBangunan usia ratusan tahun hampir musnah terbakar di George Town

13/09/2017 8:20pm

Kebakaran yang berlaku ke atas rumah kedai tersebut yang terletak dalam bangunan berusia ratusan tahun. – Foto media sosial

GEORGE TOWN – Dua rumah kedai dua tingkat di bangunan berusia ratusan tahun (bangunan sebelum perang) di Jalan Pintal Tali, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Azmi Ahmad berkata kebakaran pada pukul 2.19 petang itu menyebabkan dua kedai pendingin hawa terbabit musnah sepenuhnya.

“Enam jentera bersama 34 pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan sebelah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 5 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Semalam, tiga unit kedai yang terletak dalam Kawasan Tapak Warisan Dunia George Town di Jalan Pinang di sini musnah dalam kebakaran pada 9.43 pagi. – Bernama







READ ALSO  MIDF beri RM1j untuk MAIPs bina bangunan hemodialisis

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.