Bangkai penyu terdampar, perut dipercayai dirobek di Pulau Bum Bum








TERKINI

Bangkai penyu terdampar, perut dipercayai dirobek di Pulau Bum BumBangkai penyu terdampar, perut dipercayai dirobek di Pulau Bum Bum

28/09/2017 12:35pm

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



Gambar bangkai penyu yang tular sejak semalam.

KOTA KINABALU – Kejam. Inilah situasi yang berlaku apabila penduduk kampung digemparkan dengan penemuan beberapa bangkai penyu yang bahagian perut dipercayai dirobek di pantai Pulau Bum Bum di Semporna semalam.

Kisah penemuan bangkai penyu tersebut mula mendapat perhatian orang ramai, selepas beberapa keping gambar mengenai hidupan laut berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati tular menerusi laman sosial Facebook.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, mengesahkan tentang penemuan beberapa bangkai penyu yang terdampar di pantai kepulauan terbabit.

“Setakat ini kami mengesahkan mengenai insiden itu selepas pegawai  di daerah Tawau  menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum.

“Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada penduduk kampung, kami harapkan ia cerita benar bukannya rekaan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, bagi memastikan kesahihan laporan berkenaan pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah sudah diarahkan pergi ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Punca, jumlah mahupun jenis penyu yang mati itu belum dapat dipastikan namun, berdasarkan foto yang tersebar dalam laman sosial ia kelihatan seperti penyu hijau,” jelasnya. –







READ ALSO  Remaja lemas di Sungai Oya | Kes

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.