Bangkai anak ikan lumba-lumba ditemukan terdampar

LUMUT 26 Sept. – Bangkai anak ikan lumba-lumba ditemukan terdampar dalam keadaan perut yang sudah pecah di pantai Pangkalan Baru di Marina Island di sini hari ini.

Bangkai mamalia itu ditemukan pada pukul 3 petang oleh pasukan Jabatan Perikanan Daerah Manjung setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Ketua Daerah Perikanan, Rosdi Nazri Mat Din berkata, anak ikan lumba-lumba atau porpoise ampu seberat kira-kira lima kilogram itu dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.

“Kita tidak dapat mengenal pasti jantina anak ikan lumba-lumba itu berikutan keadaannya.

“Nelayan atau orang awam yang menemui kes seumpama ini diminta terus melaporkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 45, berkata, dia menemukan bangkai ikan lumba-lumba itu ketika mahu memancing di pesisiran laut di Marina Island pada Khamis lalu.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak mempedulikan penemuan itu kerana tidak pasti sama ada ia ikan lumba-lumba atau ikan lain.

“Keesokannya saya datang lagi memancing di sini dan melihat bangkai berkenaan sudah hanyut ke pesisiran pantai lalu saya mengambil gambar bangkai ikan berkenaan,” katanya.

Menurut Lau, bangkai ikan itu berukuran kira-kira tiga meter dengan organ dalamannya sudah terkeluar dan cedera di bahagian ekor.-UTUSAN ONLINE 

READ ALSO  Peluang Perak, JDT seimbang - Shahrom


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.