Bakar pusat tahfiz: 2 akan didakwa membunuh

DUA daripada tujuh suspek kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, lima lagi dan seorang suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka akan dibawa ke mahkamah Jalan Duta pagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 16 September lalu, tujuh remaja ditahan reman berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung yang mengorbankan 23 individu.

Remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.

Enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

READ ALSO  [VIDEO] 70 pencipta tamatkan persaingan Makerthon ASEAN 2017 hari ini

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.