Bajet 2018: kepentingan pusat-pusat Tahfiz diberi perhatian

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Mengambil kira kedaifan prasarana pusat-pusat tahfiz di negara ini, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan dan faedah kepada untuk pusat-pusat tersebut di dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan peristiwa sedih yang dialami Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang dijilat api sehingga mengorbankan 23 penghuninya.

Katanya, pihak Majlis Tertinggi UMNO sendiri berharap kerajaan bertindak tegas terutama membabitkan soal keselamatan di pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

“Kita ambil maklum perkembangan mengenai peristiwa sedih kebakaran tahfiz di Kuala Lumpur baru-baru ini dan semua kepemimpinan tertinggi UMNO mahu kerajaan bertindak tegas dalam soal keselamatan di pusat-pusat tahfiz ini, sebelum hal-hal lain seperti kurikulum.

“Kami akan mengumumkan sesuatu berhubung kedudukan semua pusat-pusat tahfiz dalam negara di dalam Bajet 2018,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor serta barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Pada masa sama Najib berkata, Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada minggu terakhir Oktober ini bakal menjadi bajet yang seimbang demi memenuhi janji dan komitmen kerajaan untuk memberi keyakinan kepada pasaran.

Katanya, kerajaan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam menyediakan perbelanjaan negara dan bukan mengejar populariti semata-mata.

“Perbelanjaan secara bertanggungjawab akan menjadi keutamaan namun kerajaan tetap akan mengadakan program-program yang penting bagi melindungi kebajikan rakyat serta memberi manfaat kepada sektor-sektor penting negara,” katanya.

READ ALSO  Jenazah Maznah selamat dikebumikan

Tambah Perdana Menteri, Bajet 2018 penting buat kerajaan untuk mengekalkan suasana positif negara ekoran susulan kemampuan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam transit aliran massa (MRT), kecemerlangan negara dalam Sukan SEA Ke-29 serta Sambutan Hari Kebangsaan 2017 beberapa minggu lalu. – UTUSAN ONLINE



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.