Aziz M Osman terima menantu lagi

“Syukur Alhamdulillah, saya terima seorang lagi menantu. Ini juga pengalaman kedua saya menikahkan anak sendiri,” kata pengarah Aziz M Osman, 54.

Pagi tadi jam 10.40 pagi Aziz selamat menikahkan anak perempuannya, Puteri Nur Asyiqin Aziz, 24, dengan anggota kumpulan nasyid Devotes, Adi Akmal Sehrom, 31, hanya sekali lafaz.

Puteri Nur Asyiqin adalah anak sulung Aziz bersama bekas isteri, Datin Nor Aliah Lee Abdullah.

Aziz akui sebagai bapa, tidak nafikan perasaan sebak di hatinya apabila hendak melepaskan anak kepada orang lain.

“Hubungan saya dan anak-anak sangat akrab kerana mereka insan kesayangan saya.

“Semoga Puteri Nur Asyiqin dapat memulakan perjalanan hidup sebagai isteri dengan baik selepas ini,” katanya.

Pada majlis yang berlangsung di kediaman ibu pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail itu, Puteri Nur Asyiqin menerima mas kahwin RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000 termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Aziz dan Nor Aliah pernah berkahwin pada 19 Januari 1992 dan sah bercerai pada 2007 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Puteri Nur Asyiqin, Putera Nur Iman, 22, Puteri Nur Aisya, 18, dan Puteri Nur Ain, 14.

Aziz juga mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Nurul Fatehah hasil perkahwinan pertama.

Kini Aziz bahagia bersama isterinya, Puteri Lily Lokman bersama seorang cahaya mata mereka, Puteri Nur Azzahra, 6.

Nor Aliah pula bertemu jodoh dengan Datuk Mohamad Zekri Ibrahim.

READ ALSO  Anak Malaysia kagumi Prasarana | Nasional


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.