Azhar dituntut beri komitmen penuh – Pemuda UMNO | Nasional

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menuntut Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad, Datuk Azhar Abdul Hamid, memberi komitmen penuh dalam menunaikan amanah serta tanggungjawabnya menerajui Lembaga Pengarah syarikat terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, menegaskan yang tugas itu perlu digalas Azhar sebaik mungkin, demi memastikan nasib pemegang saham dan peneroka Felda sentiasa dipelihara.

 

“Jika ada sebarang isu atau masalah, kali ini kita berharap Azhar mesti menanganinya sehingga selesai.

 

“Jangan pula diulangi tindakannya sebelum ini seperti di MRT Corp, apabila meninggalkan syarikat itu dengan menggunakan integriti sebagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.  

Pada 8 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan perlantikan Azhar sebagai Pengerusi FGV yang baharu, menggantikan Tan Sri Isa Samad.

Pada 18 Ogos 2014, Azhar yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, meletak jawatan serta-merta, susulan insiden blok konkrit jatuh dan menghempap tiga pekerja di tapak projek pembinaan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara.

 

Ketika itu, beliau mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan dan membuat keputusan untuk meletak jawatan. 

 

Sebelum itu, beliau melepaskan jawatan sebagai Pengarah Urusan Sime Darby Plantation untuk mengetuai MRT Corp pada 1 September 2011, selepas kerajaan memutuskan mengambil alih hak dan pembinaan projek di Lembah Klang itu daripada Prasarana Malaysia Berhad.

 

 

READ ALSO  Esscom welcomes opening of sea borders to hunt criminals


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.