Ayda Jebat terkejut | Harian Metro

PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat teruja apabila dicalonkan dalam pencalonan awal kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Awards 2017 yang akan diadakan di London pada 12 November ini.

Turut bersaing dalam kategori itu ialah Raisa dari Indonesia; The Ransom Collective (Filipina); Sezairi (Singapura) dan Palitchoke Ayanaputra (Thailand) .

Ayda ketika dihubungi menyifatkan pencalonan itu sebagai satu kejutan dan sesuatu yang di luar jangkaan.

“Kali pertama melangkahkan kaki ke dalam bidang nyanyian, saya tidak pernah meletak harapan yang terlalu tinggi. Cukup sekadar lagu saya diterima baik selain berkongsi genre muzik yang saya minat.

“Bagaimanapun apabila nama saya dicalonkan dalam anugerah ini, saya sangat teruja kerana dapat membawa nama Malaysia ke peringkat global.

“Sebenarnya saya berasa tidak percaya apabila dimaklumkan mengenai pencalonan awal ini. Maklum sahaja, MTV EMA adalah anugerah muzik yang begitu popular di peringkat antarabangsa.

“Justeru, saya berharap supaya peminat dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan undian yang boleh dilakukan secara percuma di laman Twitter,” katanya.

Undian di Twitter perlulah dihantar berserta hashtag #NominateAydaJebat dan #MTVEMA sebelum 3 Oktober depan jam 7 pagi.

Tahun lalu, penyanyi Yuna dan kumpulan Bunkface dicalonkan menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada MTV EMA2016.

Bagaimanapun, kategori terbabit diungguli penyanyi dari Vietnam iaitu Dong Nhi.

READ ALSO  Sekolah tahfiz yang membunuh budaya tahfiz sebenar


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.