Axiata teruskan tajaan ke atas BAM hingga 31 Ogos 2020

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Persiapan skuad badminton negara bagi menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pasti berjalan lancar terutama apabila Celcom Axiata Berhad melanjutkan tajaan ke atas badan induk itu selama 15 bulan dengan nilai RM10 juta.


Lanjutan tajaan tersebut akan bermula pada 4 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2020 dan sebelum ini pada Mac 2016, Celcom Axiata memeterai perjanjian sebagai salah satu penaja utama BAM dengan nilai tajaan keseluruhan sebanyak RM24 juta untuk tempoh selama tiga tahun.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya amat teruja dengan lanjutan kontrak tersebut terutama selepas kejayaan tahun pertama tajaan.

“Celcom Axiata sudah menjadi sebahagian daripada keluarga badminton kami dan kami berharap dapat mengeratkan lagi hubungan ini untuk memajukan sukan badminton negara bagi kedua-dua peringkat elit dan akar umbi.

“Kami juga berharap kerjasama ini akan menyuburkan lagi perkembangan kami serta memacu program elit untuk membawa pulang pingat emas pertama negara di Tokyo nanti,” katanya dalam majlis menandatangani perjanjian lanjutan tajaan Celcom Axiata dengan BAM di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kontrak baharu tajaan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata, tajaan tersebut adalah salah satu usaha membantu skuad badminton negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Dalam komitmen kami untuk membangunkan bakat baharu dan juara, kami bangga menjadi penyokong utama BAM bagi memacu pembangunan badminton di Malaysia, sebelum ini Celcom Axiata berpeluang menandatangani tajaan bernilai RM24 juta pada Mac 2016 dan ini adalah satu penghormatan buat kami apabila dapat melanjutkan penajaan ini.

“Kami ingin turut serta dalam perjalanan BAM ke Olimpik dan ia akan menjadi penghormatan tertinggi untuk kami menyaksikan hero-hero negara bertanding di bawah naungan kami pada 2020 nanti,” kata Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE




READ ALSO  Kedah mara ke separuh akhir Piala Malaysia


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.