Asrama perempuan Maahad Tahfiz Yayasan As Sofa terbakar

REMBAU 28 Sept. – Asrama perempuan Maahad Tahfiz Yayasan As Sofa, Astana Raja, Chengkau dekat sini yang menempatkan seramai 37 pelajar terbakar kira-kira pukul 2 pagi ini.

Kejadian itu memusnahkan kira-kira 60 peratus asrama satu tingkat tersebut dan menyebabkan tiga penghuninya mengalami sesak nafas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, ketika kejadian semua pelajar perempuan yang menetap di asrama itu sedang tidur.

“Kebakaran itu disedari salah seorang penghuni yang terjaga daripada tidur dan mengejutkan rakan-rakannya supaya menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.05 pagi

Menurut beliau, seramai 15 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin bersama beberapa buah jentera dikerahkan memadamkan kebakaran itu. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  RCI kes kerugian BNM tutup prosiding


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.