AS sekat 26 individu

WASHINGTON 27 Sept. – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap 26 individu yang mempunyai hubungan dengan rangkaian kewangan Korea Utara dan sembilan bank termasuk yang mempunyai hubungan dengan China.

Pejabat Kawalan Aset Luar Jabatan Perbendaharaan AS (OFAC) melaporkan, individu yang terlibat merupakan warga Korea Utara yang berada di China, Rusia, Libya dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan bertindak sebagai wakil bank-bank Korea Utara.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven T. Mnuchin berkata, langkah itu bertujuan memperluaskan strategi negara ini untuk memulaukan sepenuhnya Korea Utara bagi mencapai matlamat semenanjung Korea yang bebas nuklear. – Reuters

READ ALSO  Berkeras tak benar kemas rumah


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.