AS bakal kurangkan jumlah pelarian masuk ke negara itu

WASHINGTON 28 Sept. – Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan bilangan pelarian yang mencari suaka atau penempatan kepada hanya 45,000 orang pada tahun hadapan, jumlah itu adalah separuh daripada angka pada 2016.

Agensi berita Al Jazeera melaporkan, keputusan untuk mengurangkan separuh daripada angka itu sebenarnya telah mengundang kekecewaan agensi kemanusian di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan aktivis yang sedang berjuang untuk memberi penempatan semula kepada jutaan rakyat kerana peperangan di negara mereka.

Pada tahun 2016, AS menerima 84,995 pelarian dari seluruh dunia sementara tahun ini hanya memberi penempatan kepada 54,000 orang.

Seorang pegawai kanan AS yang enggan dikenali memberitahu Al Jazeera, keselamatan menjadi objektif bagi keputusan drastik ini.

“Keselamatan rakyat AS adalah keutamaan Presiden. Kita perlu memastikan peluang penempatan semula kepada pelarian ini hanya diberikan kepada yang selayaknya.

“Kami tidak mahu risiko dengan menempatkan mana-mana individu atau kumpulan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan negara,” katanya.

Seperti yang diketahui umum, Presiden AS, Donald Trump sememangnya tidak begitu gemar untuk membawa masuk pelarian malah secara terbuka telah menyatakan tentangan terhadap pelarian masuk ke negara ini.

Trump juga dipercayai telah mengarahkan pemeriksaan latar belakang yang lebih sukar sebelum membawa pelarian masuk ke AS.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) bercadang untuk membawa masuk sekurang-kurangnya 50,000 pelarian dari Afrika, Timur Tengah dan Turki bagi mengelakan kumpulan ini dari terus menggunakan jalan laut yang rata-ratanya mati lemas di Laut Mediterranean. – Agensi

READ ALSO  AccorHotels clinches US$1billion deal to buy Mantra

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.