Annuar Musa: Umno tiada sistem kuota tentukan calon PRU

Kata Annuar, keutamaan adalah sejajar dengan aspirasi rakyat, dan tidak mahu mengikat presiden dengan soal kuota pemimpin saf bahagian dan sebagainya.

annuar-musa-umno

KUALA LUMPUR: Umno tidak mengamalkan sistem kuota dalam meletakkan calon, sebaliknya Datuk Seri Najib Razak diberi mandat menentukan senarai calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang layak untuk membawa cabaran dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap bahagian Umno bebas meletakkan nama calon pilihan mereka.

“Dalam Umno akar umbi boleh syor, tetapi mandat penuh presiden akan pilih calon.

“Keutamaannya adalah sejajar dengan aspirasi rakyat, kita tidak mahu mengikat presiden soal kuota pemimpin saf bahagian dan sebagainya,” kata Annuar pada sidang media pasca-Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Sistem kuota calon, menurut beliau hanya akan mengikat Najib selaku presiden Umno dan pengeriso BN dalam membuat keputusan menentukan calon yang layak.

“Kita perlu berikan fleksibiliti, presiden akan melihat secara keseluruhannya,” kata Annuar, dan menambah, anggota majlis tertinggi parti turut memberikan kepercayaan kepada Najib dalam perkara tersebut.

“Yang pastinya kita akan letakkan calon lebih baik dan berkeupayaam daripada pihak lawan dan dalam Umno juga tiada peratusan dalam pilih calon pilihan raya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Annuar berkata, setiap parti politik yang bertanding bertanggungjawab mendidik pemilih untuk keluar mengundi dalam PRU14.

Anwar berkata, kerajaan hanya mampu berusaha memastikan mereka yang layak untuk mengundi mendaftar sebagai pemilih.

“Pemilih yang layak memilih, namun enggan keluar mengundi itu kita harap tidak berlaku.

“Dalam negara kita, kerajaan percaya kepada kebijaksanaan rakyat, kita galakkan mereka yang cukup syarat umur harus daftar mengundi namun siapa yang nak kita pilih dalam pilihan raya itu hak kita, tapi kita perlu daftar pemilih.”

READ ALSO  Sembelih korban di Masjid Ar-Raudhah jadi pantas guna sangkar inovasi

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kerajaan juga berusaha melalui kempen daftar pemilih untuk memastikan rakyat mendaftar sebagai pemilih.

“Mereka tak daftar mengundi itu agak malang. Jadi kita telah cuba jalankan beberapa kempen untuk galakkan pendaftaran mengundi.

Annuar menambah, hasil kajian menunjukkan 52% daripada pemilih kali ini adalah mereka yang berusia di bawah 40 tahun.

Sehubungan itu, Umno katanya, mengambil berat peranan kelompok pengundi berkenaan.

“Umno akan terus bukan sahaja memberi pembelaan tetapi keperluan aspirasi dan peranan mereka dalam kerajaan dan parti,” katanya.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.