Anis Al Idrus bakal tampil single kedua

KUALA LUMPUR 29 Sept.- Lama sungguh tidak mendengar cerita tentang pelakon dan pengacara, Anis Al Idrus. Rupa-rupanya, anak kelahiran Kelantan ini sedang giat menyiapkan single keduanya.

Anis Al Idrus sedang sibuk membuat rakaman single terbaharu.

Bakal dilancarkan selewat-lewatnya hujung bulan depan, Anis berkata, lagu ciptaan sepenuhnya daripada Hafiz Hamidun itu bertajuk Tak Guna dan merupakan single kedua selepas, Mengapa.

“Saya memang teruja untuk melancarkan single ini sebab sudah lama saya tidak tampil dengan produk sendiri. Selain lakonan dan pengacaraan, saya memang ingin terus menceburi bidang nyanyian.

“Saya tidak kisah jika ada yang kata lagu syok sendiri atau sebagainya tetapi saya yakin dengan bimbingan dan kelebihan yang ada pada Hafiz, lagu ini boleh pergi jauh dan diterima peminat.

“Saya memang merancang untuk tampil dengan muzik video sekali cuma beri peluang untuk single kedua ini bergerak terlebih dahulu. Kalau tiada aral melintang, saya akan tampil dengan muzik video pula,” katanya.

Berbicara soal kerjaya seninya, Anis kini sedang sibuk di set penggambaran Dia Pertama yang menampilkan Anis sebagai pengacara yang akan menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu.-UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Immobile bawa Itali hampiri Piala Dunia | Bola

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.