Angkasa sarankan ahli miliki ketrampilan peribadi professional

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyaran ahli koperasinya untuk melakukan anjakan paradigma diri demi memiliki ketrampilan peribadi yang professional.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ketrampilan tersebut penting terutamanya dalam mengubah cara pemikiran secara kolektif kerana setiap individu perlu mencapai kejayaan dan transformasi untuk diri masing-masing.

“Sehubungan itu, Angkasa dengan kerjasama RRC Worldwide Sdn. Bhd. mengambil inisiatif melaksanakan seminar motivasi ‘Change Starts With Me’ (CSWM) istimewa untuk ahli koperasi termasuk belia agar input-input yang diterima boleh diaplikasi peserta.

“Tambahan pula, CSWM merupakan sebuah program yang menggabungkan penemuan baharu dalam psikologi manusia untuk membentuk transformasi peribadi daripada negatif ke arah yang lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Change Starts With Me’ yang dianjurkan di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.

Turut hadir, Timbalan dan Naib Presiden Angkasa, Mutadho Bahri serta Datuk Mohamad Ali Hasan dan juga Pengerusi Koperasi Perdana Jaya, Datuk Adnan Maarof.

Mengulas lanjut tentang program tersebut, Abdul Fattah memberitahu bahawa seminar yang berkonsepkan program motivasi itu adalah kali pertama dianjurkan pihak Angkasa dan beliau berharap para peserta akan memanfaatkan segala ilmu yang diterima.

“Sejajar inisiatif Transformasi Nasional (TN50), Angkasa terpanggil melakukan program bersifat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebegini kerana generasi hari ini sangat perlu memiliki keupayaan kepimpinan dalam aspek kehidupan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Kembalikan hak Rohingya - PPMP


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.