Anggota TLDM maut latihan fizikal

DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3. 15 petang, semalam.

Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota terbabit adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.

Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.

Jurucakapnya berkata, ketika latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.

“Kedua-dua anggota itu kemudiannya muntah dan sesak nafas. Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.

“Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, ” kata kenyataan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang kesan penderaan fizikal.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

“Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, ” katanya.

TLDM Sahkn Kematian 2 Anggota; tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yg langgar prosedur semasa bertugas @MINDEFMalaysia @MarkasATM pic.twitter.com/oTassDriN8

— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) September 30, 2017

READ ALSO  500 Rela ditugaskan jaga keselamatan di Esszone

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.